1.0 Latar Belakang
Perniagaan ASMA CAKE HOUSE ditubuhkan pada tahun 2010 . Merupakan perniagaan keluarga yang diteruskan
oleh anak perempuan iaitu Asma Athirah. ASMA CAKE HOUSE terkenal dengan keenakkan kek lapis basah Sarawak berbanding dengan kek lapis Sarawak yang lain
. Modal yang digunakan semasa memulakan perniagaan kek lapis adalah sebanyak
RM3000 sahaja dengan membeli peralatan seperti mesin, dan bahan-bahan untuk
membuat kek lapis. Selain itu modal yang digunakan untuk memulakan perniagaan
kek lapis hanya menggunakan modal sendiri dan tidak membuat sebarang pinjaman
daripada badan-badan tertentu. ASMA CAKE HOUSE beroperasi di sekitar kawasan Kota
Samarahan,Sarawak. Bukan itu sahaja, proses pembuatan kek
lapis hanya di buat bersebelahan dengan kediaman Asma Athirah itu sendiri. ASMA
CAKE HOUSE membuat perkhidmatan tempahan kek lapis pada setiap masa terutamanya
pada musim perayaan dan cuti persekolahan. Walau bagaimanapun, setiap tempahan yang diterima dengan kadar
yang banyak, Asma Athirah dibantu oleh 5 orang pekerjanya pada setiap masa
untuk memenuhi kehendak dan permintaan pelanggannya itu.
salam, nak order kek lapis pua kumbu. Berapa harga kalau saya nak beli 5 potong kek tersebut. Boleh kurangkah harga?
ReplyDeletesalam,, bila waktu beroperasi kedai ini? start jam berapa sampai berapa?
ReplyDeleteMemang kek lapis terbaik. Rugi tak cuba. 5 star
ReplyDelete