Tuesday 20 December 2011

List Of Product




ISU HANGAT MELANDA PENIAGA KEK LAPIS

Isu Kek Lapis Jejaskan Peniaga



KUCHING – Isu penggunaan Golden Churn Creamy Butter dalam pembuatan kek lapis Sarawak terus menghantui para pengusaha dan peniaga produk makanan tersebut.
Terbaru seorang pengedar kek lapis Sarawak di Selangor didakwa diugut oleh seorang pelanggan yang menyatakan bahawa kek lapis Sarawak adalah kek babi dan sesiapa menjual akan dipenjarakan.
Persepsi negatif yang berterusan terhadap produk keluaran tersebut dikalangan pelanggan dikuatiri bakal menyebabkan ramai ramai pengusaha dan peniaga kek lapis Sarawak bakal `gulung tikar’.
Khuatir dengan perkembangan tersebut, Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS) hari ini bertemu dengan Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah bagi menyuarakan masalah yang dihadapi itu.
Presiden PPKLS, Rabiah Amit berkata, meskipun pihaknya telah memberi jaminan tidak menggunakan ‘Golden Churn Creamy Butter’ tetapi pelanggan masih mempunyai persepsi negatif terhadap produk keluaran mereka.
“Ada peniaga sanggup menyamak peralatan membuat kek lapis mereka bagi mengembalikan keyakinan pelanggan namun masih gagal menyakinkan pelanggan Islam.
“Semalam seorang pengedar kek lapis Sarawak di Selangor memberitahu diugut seorang pelanggan yang menyatakan bahawa kek lapis Sarawak adalah kek babi dan sesiapa menjualnya akan dipenjara,” katanya di sini hari ini.
Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sebelum ini mengesahkan bahawa ‘Golden Churn Creamy Butter’ mengandungi DNA babi.
Rabiah seterusnya memberitahu, banyak tempahan yang diterima para pengusaha dan peniaga sejak awal bulan Ramadan telah dibatalkan akibat persepsi negatif terhadap kek lapis Sarawak.
Sementara itu, Fatimah mencadangkan pengusaha-pengusaha kek lapis Sarawak mempamerkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek lapis di depan kedai mereka sebagai langkah jangka pendek menepis persepsi negatif pelanggan.
Menurutnya, pengusaha kek lapis Sarawak yang masih belum mendapat pensijilan halal daripada JAIS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil inisiatif mendapatkan pensijilan tersebut.

Monday 19 December 2011

ASAL USUL KEK LAPIS

Asal Usul Kek Lapis

DULU pembuatan kek lapis hanyalah hobi biasa di kalangan wanita di Sarawak khasnya wanita Melayu yang bertungkus lumus menyediakan juadah terutama menjelang Aidilfitri. Namun pada dekad 1990-an, kek lapis mula sinonim dengan Sarawak kerana hampir setiap pelancong yang berkunjung ke Bumi Kenyalang pasti membeli kek itu sebagai ‘ole-ole’ untuk dibawa pulang.

Kelebihan utama kek lapis Sarawak ialah pakej motif dan coraknya yang unik serta digabungkan dengan keenakan rasa, di samping teksturnya yang lembap namun pejal.

Tidak dinafikan ia juga versatil dan boleh dihidangkan untuk pelbagai majlis, bukan saja untuk perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Deepavali dan sebagainya, malah untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, hadiah dan ‘ole-ole’.

Menyingkap sejarah kek lapis, dipercayai berasal dari Indonesia namun juadah itu mula diperkenal serta mendapat tempat di kalangan penduduk Sarawak sekitar tahun 1980-an.

Sejak itu, kek lapis kian sinonim dengan Sarawak, malah kek lapis Sarawak yang dihasilkan jauh lebih sedap daripada kek lapis negara jiran itu, kerana bahan yang digunakan lebih pelbagai dan mutunya juga lebih baik.

Setelah 30 tahun berlalu, kek lapis Sarawak semakin popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan, malah menerima banyak tempahan dari Semenanjung, Sabah, Brunei dan Singapura.

WORKSHOP MEMBUAT KEK LAPIS SARAWAK

Silibus Workshop Membuat Kek Lapis Sarawak For Beginner


Silibus Membuat Kek Lapis For Beginner
Objektif:  Memperkenalkan kepada peserta tentang pelbagai kaedah membuat kek lapis.
Jadual kelas :  10 pagi - 5 ptg.
Yuran:  
  • Personal Class  (1 to 1) = RM400.00/seorang
  • Personal Class ( 1 to 3) = RM250.00.00/seorang
  • Group Class ( 1 to 5) = RM200.00/seorang
Jenis Kelas :  Semi Hands On.
Resipi Percuma
1.  Kek Lapis Cheese Prune
2.  Kek Lapis Strawberry Coklat
3.  Kek Lapis Pandan Indocafe
4.  Kek Lapis Pandan
Jenis Kek Lapis Yang Akan dipelajari ialah
  • Kek Lapis Prune (Sponge Cake Method)
Jenis Kek Lapis Yang Akan dipelajari ialah
  • Kek Lapis Prune (Sponge Cake Method)
kek_lapis_prune-resize
  • Kek Lapis Oreo (Buttercake Method)
keklapisoreo
  • Kek Lapis Gulung Buah Kranberi (Sponge Cake Method)
DSC_9104-1
  • Kek Lapis Legit Rempah (Chiffon Cake Method)
lapis_lengit
Untuk sesiapa yang berminat untuk mempelajari secara personal sila email saya ke juraiza@gmail.com untuk membuat pengesahan tarikh yang diinginkan.  Bagi yang mahukan kelas secara group, saya memerlukan peserta seramai 5 orang untuk saya menjadualkan kelas berkenaan. Harap maklum ya.

TIPS MEMBUAT PUDING KARAMEL

Puding Karamel

DSC_7976-1

Resipi
Puding Karamel
dipopularkan di resipidotnet yahoogroup oleh Lynn Sham
Resipi Asal - Bahan-bahan (tapi untuk percubaan saya pakai 1/2 adunan sahaja)
  • 250 ml susu cair
  • 250 ml air
  • 8 biji telur
  • 180 gm gula
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara

  1. Untuk membuat gula hangus, kacau gula atas api sedarhana hingga perang, masukkan sedikit air jika perlu (dalam 2 sudu makan) curahkan gula hangus kedalam acuan karamel, biarkan dahulu
  2. Telur dan gula di pukul hingga larut dan sebati (jangan terlalu berbuih) nanti x cantik...
  3. Campurkan dengan susu cair, air dan esen vanila, kacau dan tapis (tujuan tapis untuk membuang putih telur yang tidak larut
  4. Kemudian tuang di dalam acuan yang ada karamel tadi. Boleh di kukus atau di bakar secara Bain Maire selama 55 minit untuk setengah adunan yang saya buat. Setelah sejuk baru di tebalikan dan di potong( V suka Bain Maire stukturnya lebih cantik)