Wednesday 23 May 2012

Cucur Peneram (2nd Recipes)


Cucur Peneram by Puan Sri Baya Wanchik (From US with Love)


DSC_6892
Bahan-bahan ( kalau buat kecil2 dapat 400 biji )
Bahan A
1 kilo tepung beras (cap gajah)
50 gm @ segenggam tepung gandum
Bahan B
800 gm gula merah
Air
Langkah Pertama (Bahan B)
Cara-cara cara masak air gula: masukkan gula merah dalam periuk dan
letakkan air sama paras dgn gula tadi.masak hingga mendidih dan agak
pekat sedikit. Angkat dan tapis air gula tadi.
Langkah Kedua (Bahan A + B)
campurkan tepung beras dan tepung gandum dlm satu bekas.curahkan air
gula yg masih panas sambil di kacau dgn sudip.Jgn curah sekali
gus,curah sedikit2 sambil dikacau hingga rata.
adunan tadi perlu diperap semalaman 
Langkah Ketiga
4 @ 5 jam check adunan..adunan akan keras sedikit,cuma tambahkan 1/2 @
1 cwn air panas dan uli hingga lembut. perap semula.
Langkah Keempat - cara menggoreng
ambil adunan sebesar guli dan letakkan atas sekeping
plastik,leperkan sedikit.guna lidi atau chopstik utk bulatkan di bhgn
tengahnya.  angkat dan goreng dgn api perlahan. (minyak dipanaskan terlebih dahulu, kemudian api diperlahan)

semasa menggoreng kuih ini akan kembang sedikit dan timbul di
permukaaan minyak.setelah masak angkat dan toskan minyak.
sesuai di hidang utk seisi keluarga dan pada hari raya.